0 Pengenalan SJKCCS


SEJARAH RINGKAS SJK(C) CHONG SAN,
SUNGAI BURUNG, 36100 BAGAN DATOH, PERAK

Sekolah ini didirikan pada tahun 1930, dan Encik Lau dianggap sebagai pengasasnya yang menamakan sekolah ini “Sekolah Chong San” iaitu sebuah sekolah persendirian.  Pada permulaannya, murid sekolah ini hanya seramai 20 orang.  Semakin lama bilangan murid pun semakin meningkat hingga 60 orang.  Encik Lim ialah guru sambilan merangkap Guru Besar yang pertama di sekolah ini.  Pada tahun 1935, Encik Lim meletakkan jawatannya dan untuk menggantikan jawatannya Encik Tan dilantik sebagai Guru Besar.

Pada tahun 1941, meletuslah Perang Dunia Kedua dan Jepun menduduki Malaya.  Di bawah permerintahan Jepun, kehidupan penduduk Malaya berubah.  Kesusahan dan kesengsaraan yang dialami telah menyebabkan sekolah ini ditutup.  Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, penduduk-penduduk yang mengutamakan pendidikan di Kampung Sungai Burung ini telah berusaha untuk membangunkan semula sekolah ini.  Selama tiga tahun mereka berusaha membina sekolah, mendapatkan Guru Besar dan pelajar. 

Pada tahun 1948, di bawah galakan Encik Heng Wah Chong (Pengerusi Lembaga Pengurus), Heng Nee Seng (Pengawal) dan tenaga sukarela lain, sekolah ini dapat dibangunkan kembali manakala Encik Lim Sang Hwa dijadikan guru sambilan merangkap Guru Besar.  Tidak lamat selepas itu, kebenaran telah diterima dari pihak Jabatan Pendidikan untuk merobohkan bangunan yang berkedudukan di semak pada masa itu dan dipindahkan ke sebuah rumah di kampung ini untuk sementara.  Pada waktu itu, bilangan murid sekolah hanya 32 orang tetapi dengan kerja keras Encik Lim Seng Hwa, sekolah ini dapat dimajukan dengan pertambahan murid yang memberangsangkan hingga sekolah sudah tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai.  Pada tahun 1949 (12.9.49) sebuah bangunan sekolah yang baru (sementara) telah didirikan oleh ahli Pengurusan Sekolah.  Selepas itu, barulah sekolah mendapat bantuan dari Kerajaan melalui Nazir Sekolah setelah melihat pertumbuhan pelajar yang begitu memberansangkan.

Pada tahun 1958, kerajaan mengadakan satu kempen bagi menentukan umur murid untuk memulakan sesi persekolahan di sekolah rendah.  Kempen yang dijalankan telah mendapat sambutan dan bilangan murid semakin bertambah dan pihak sekolah terpaksa menanggung masalah kekurangan bilik darjah .  Untuk mengatasi masalah itu, sebuah stor Perusahaan Ikan telah dipinjamkan kepada pihak sekolah untuk dijadikan bilik darjah sementara.  Ketika itu, Encil Lim Sing Hwa dan Encik Lim Seng Lee yang bertugas sebagai guru dan pelajar-pelajar hanya berpeluang untuk belajar hingga Tahun 4 sahaja. Pada Tahun 1957, Encik Lim Sing Hwa dan Encik Lim Seng Lee meletakkan jawatannya.  Sementara itu, Encik Heng Wah Chong yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah telah melantik Encik Lee Kam Mun untuk memegang jawatan Guru Besar bersama seorang guru lain.


Pada tahun 1958, sekolah ini dijadikan “Chong San Standard Type Primary School” dan Lembaga Pengurus Sekolah pun berubah di bawah Undang-Undang Pelajaran 1957, manakala Encik Heng Wah Chong dan Encik Heng Nee Seng memegang Jawatan Pengerusi dan Pengawal dalam Lembaga Pengurus secara bergilir-gilir.  Setelah Encik Lee Kam Mun memegang jawatan Guru Besar, sekolah ini telah mengalami perubahan.  Pada 18.9.58, Nazir sekolah telah datang melawat sekolah ini dan beliau berpuas hati dengan keadaan sekolah pada ketika itu.  Pada 1959, Encik Heng Kwang telah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah.  Beliau bercadang hendak menambah bilik darjah di sekolah dan cadangannya telah disokong sebulat suara oleh ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah.  Segala urusan memohon bantuan daripada Kerajaan telah dilaksankan oleh Lembaga Pengurusan Sekolah.
Pada tahun 1961, sekolah ini telah mendapat sekeping tanah untuk dijadikan tapak sekolah.  Pada tahun 1962, sekolah ini dijadikan “Sekolah Rendah Jenis Kebangassan China Chong San” dan sekali Lembaga Pengurus Sekolah berubah mengikut Undang-Undang Pelajaran 1961.  Selepas itu, sebuah bilik darjah telah dibina oleh pihak kerajaan atas tapak baru.  Pada tahun 1964,  Guru Besar Encik Lee Kam Mun meletakkan jawatannya dan digantikan dengan Encik Chin Chun Voon.  Sejak tahun 1959 hingga tahun 1964 bilangan guru yang telah berkhidmat disekolah ini telah meningkat kepada 3 orang dan pada ketika itu bilangan murid semakin meningkat hingga menjangkau 93 orang.  Pada tahun 1965, guru sekolah sedia ada pada masa itu seramai  4 orang.

Pada tahun 1966, Guru Besar Encik Chin Chun Voon telah ditukarkan dan digantikan oleh Encik Yeow Kai Hee.  Pada tahun 1966 pihak kerajaan membina dua buah bilik darjah dan kini sekolah telah memiliki 3 bilik darjah dan lima orang guru.  Manakala hari persekolah telah diubah dari 6 hari kepada 5 hari seminggu setelah dipersetujui oleh Lembaga Pengurus Sekolah.  Tahun 1968, encik Heng Nee Seng telah dipilih untuk memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah.  Tapak sekolah yang baru adalah tanah paya di mana tiada padang untuk para pelajar melakukan senaman.  Walaupun sekolah ini mempunyai tandas tetapi kemudahannya tidak mencukupi.  Sehubungan dengan itu, guru-guru dan para pelajar yang ingin membuang air kecil atau besar terpaksalah  berjalan lebih kurang ¼ batu dari sekolah.  Sekolah ini juga tidak mempunyai kantin kerana tiada tapak yang diperuntukkan untuk membina sebuah kantin.  Begitulah gambaran sekolah ini pada masa itu.

Pada 5.1.1968,  Encik Heng Nee Seng memohon bantuan kewangan daripada Pejabat Pelajaran bagi membina sebuah padang sekolah serta sebuah bilik darjah baru tetapi permohonan itu telah ditolak kerana kekurangan peruntukan.  Tahun 1969, sekali lagi permohonan dibuat tetapi ia telah ditolak atas alasan tapak sekolah tidak mencukupi.  Pada tahun 1970, Encik Heng Kim Long mejadi Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah dan sekolah ini telah berjaya mendapat peruntukan daripada “Lee Foundation” bagi membina sebuah padang sekolah.

Pada tahun 1971, Encik Yeow Kai Hee meletakkanjawatan sebagai Guru Besar dan Encik Loh Boon Hoe dilantak menggantikan tempat beliau.  Pada masa itu sekolah mempunyai 125 orang murid dan guru seramai 5 orang, keadaan ini telah menimbulkan masalah kekurangan bilik darjah, perabot yang rosak, tiada pejabat, bilik guru dan tandas yang sempurna.  Melihat keadaan sekolah yang serba kekurangan Encik Loh Boon Hoe telah membuat permohonan ke Pejabat Pelajaran dan dalam tempoh yang sama beliau meminta Lembaga Pengurus Sekolah untuk membuat jalan menuju ke tandas dan jalan masuk ke sekolah.  Permohonan Encik Loh Boon Hoe telah mendapat perhatian Pejabat Pelajaran dan pada tahun itu juga Pejabat Pelajaran membekalkan perabot yang baru kepada sekolah.

Pada tahun 1972 bilangan pelajar semakin meningkat, bilik darjah tidak mencukupi dan seboleh-bolehnya 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru perlu ditambah.  Pada 1.3.1973 jumlah guru sekolah ini telah meningkat kepada 6 orang dan murid seramai 138 orang tetapi bilik darjah hanya ada 3 bilik sahaja.  Encik Loh telah membuat cadangan kepada Lembaga Pengurus untuk membina sebuah bilik guru.  Cadangannya disokong oleh Lembaga Pengurus Sekolah dan bilik tersebut telah dibina pada tahun itu juga.  Pada tahun 1974, Encik Heng Nee Seng telah dipilih menjadi Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah.  Beliau telah berusaha memohon kepada Pejabat Pelajaran untuk mendapatkan sebidang tapak untuk didirikan sebuah bangunan tambahan.  Pada tahun ini juga pihak sekolah telah menerima bantuan meja dan kerusi murid dari Pejabat Pelajaran untuk kali kedua.  Jabatan Kerja Raya telah memperbaiki bangunan sekolah dan atas sebab kekurangan bilik darjah para penduduk setempat telah bekerjasama mendirikan sebuah bilik darjah hasil kutipan derma orang ramai.  Seekar tanah yang sedia ada telah diluluskan untuk dijadikan tapak sekolah dan pihak sekolah telah menerima surat rasmi dari Pejabat Pelajaran.  Kejayaan ini merupakan hasil usaha mereka yang membangunkan sekolah.

Pada tahun 1975, murid-murid tua sekolah ini telah mendermakan sebuah gelanggang bola keranjang.  Pembinaan gelanggang bola keranjang ini pada mulanya telah dihalang oleh Pejabat Pelajaran atas sebab kekurangan kawasan.  Walaubagaimanapun Encik Kim Long bersama Guru Besar Encik Loh dan wakil Pengurus Lembaga Sekolah telah berunding dengan Pegawai Pejabat Pelajaran dan akhirnya persetujuan telah diterima bagi membenarkan sebuah gelanggang bola keranjang dibina di kawasan sekolah.  Untuk perkembangan sekolah bagi jangka masa panjang sekali lagi Lembaga Pengurus Sekolah memohon kepada Pejabat Pelajaran untuk mendapatkan 3 ekar tanah tambahan bagi tapak sekolah yang sedia ada.  Encik Tan Bak We dan Encik Heng Kai Kiang telah diwakilkan untuk mengurus hal yang berkaitan tetapi hingga ke hari ini pihak Lembaga Pengurus masih belum lagi mendapat keputusan.  Pada tahun 1976 sekolah ini telah menerima bantuan dari Ahli Parlimen kawasan untuk pembekalan air paip ke sekolah.Yayasan Lee atau “Lee Foundation” sekali lagi telah mendermakan wang sejumlah lima ratus ringgit untuk pembelian meja dan kerusi murid-murid.  Setakat ini sekolah telah mempunya 4 bilik darjah, sebuah bilik guru sementara, gelanggang bola keranjang, 6 orang guru dan seramai 160 orang murid.  Sejak tahun 1975, sejumlah sepuluh ribu ringgit telah diperuntukkan oleh penduduk kampung untuk membangunkan sekolah.  Sebagai bukti bangunan yang didirikan adalah hasil usahasama penduduk kampung yang ingin melihat anak-anak mereka berjaya.

Pada tahun 1977, Encik Hing Wah Sia telah dipilih sebagai Pengerus Lembaga Pengurus Sekolah  dan beliau telah berganding bahu dengan Persatuan Ibubapa dan Guru-guru melancarkan satu kempen kutipan derma bagi membangunkan sekolah.  Jadi rancangan pembangunan tidak boleh dilewat-lewatkan kerana permohonan untuk tambahan bangunan sekolah kepada Kementerian Pendidikan masih belum diluluskan.  Dalam satu mesyuarta Lembaga Pengurusan Sekolah yang diadakan pada 3.11.77 telah bercadang untuk membina 2 buah bilik darjah lagi dan cadangan ini telah di sokong oleh Pihak Lembaga Pengurus.  Pada tahun 1978, encik Hing Wah Sia dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah dan Encik Heng Seng Chee dipilih sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru-guru.  Pada 13.2.78, satu mesyuarat Lembaga Pengurus Sekolah dengan Persatuan Ibubapa dan Guru-guru diadakan untuk menubuhkan jawatankuasa mengutip derma pembangaunan sekolah.  Encik Heng Seng Chee telah dipihlih sebagai Pengerusi jawatankuasa tersebut.  Dengan kerjasama dari pihak penduduk-penduduk kampung ini, murid-murid tua sekolah, Ketua-ketua dan Datuk-datuk seterusnya guru-guru sekolah ini dapatlah mengerakkan jawatankuasa.  Pada 2.4.78, satu ‘Sandiwara’ telah diadakan iaitu persembahan ‘May Flower’ dari Lumut, Sitiawan dengan tujuan mendapatkan derma-derma pembangunan sekolah.  Dengan bertungkus lumus setiap hari dan malam bersusah payah menyumbang tenaga dan wang, dan akhirnya matlamat yang dihajati tercapai jua.  Kepada sebuah sekolah Cina, perkara ini entah boleh disifatkan sebagai kebanggan ataupun penindasan!?

Mengenai Surat  Pekeliling Kewangan dan Akaun Bil 5/1977 mengenai Kuasa untuk menandatangani cek-cek sekolah bantuan kerajaaan, telah diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengurus Sekolah bertarikh 31.1.78 bahawa akaun sekolah boleh ditukar dari Oversea Chinese Banking Corporation, Teluk Anson ke United Malayan Banking Corporation, Teluk Anson.  Guru Besar, Guru Kanan dan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah telah diberi kuasa tetap untuk menandatangani cek-cek sekolah.  Surat dari Pejabat Pelajaran bertarikh 26.4.78 telah memberitahu sekolah ini dengan rasminya bahawa permohonan untuk membina bilik darjah tambahan sekolah telah pun diluluskan. Kemnterian Pendidikan akan membina 3 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru dan tandas.  Orang-orang yang memberi perhatian kepada sekolah ini merasa sangan gembira dnegan khabar baik seperti ini.  Lebih-lebih lagi mereka yang berharap projek ini dapat diwujudkan awal-awal.  Demikian projek pembangunan sekolah ini terpaksa dibahagikan kepada dua bahagian/peringkat.  Peringkat pertama, ditinjau dari segi tempat kediaman guru-guru, didapati keadaan tempat tumpangan guru sediaada itu sangat buruk dan tercemar dengan bau ikan busuk yang berhampiran.  Jawatankuasa memutuskan bahawa tempat tumpangan guruakan didirikan pada satu tempat yang lain yang lebih selesa.  Peringkat kedua, jawatankuasa akan seboleh-bolehnya membuat tambahan sekolah disempurnakan oleh pihak kerajaan.  Pada tahun 1979, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Y.B. Datok Micheal Chen telah datang melawat kampung dan sekolah ini..Oleh sebab tiada pagar untuk mengawal kawasan sekolah, satu memorandum telah diserahkan kepada Menteri melalui M.C.A Cawangan Sungai Burong untuk meminta bantuan sebanyak RM8,000.00 untuk menjamin keselamatan guru dan murid di dalam kawasan sekolah.  Malangnya, memorandum ini telah dibatalkan pemohonannya oleh Pengerusi M.C.A Cawangn Sungai Burung.  Dan perbuatan tersebut amatlah kurang baik kerana ia akan membuat segala jalan penyelesaian menemui jalan buntu.

Satu rumah tumpangan guru telah dibina pada 16.8.79 dan satu majili ‘Steam Boat’ talah diadakan.  Encik Heng Hua Chu adalah Pengerusi Jawatan Kuasa Majlis tersebut.  Dengan adanya rumah tumpangan ini maka mudahlah para guru untuk menjalankan tugas.  Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga, Kampung ini telah mendapat bekalan letrik dari kerajaan dan Lembaga Pengurus Sekolah memberi bantuan untuk memasang lampu-lampu letrik  dan loceng di sekolah.  Sekolah ini dapat bekalan letrik kerajaan mulai dari 13.9.79.  Guru-Guru dan murid-murid gembira.  Pada 16.4.79, jumlah guru  sekolah ini telah meningkat ke 7 orang daripada 6 orang, murid seramai 180 orang.  Pada 18.9.79 buat kali pertama Pejabat Pelajaran telah hantar seorang tukang sapu kepada sekolah ini utuk memeliharakan kebersihan sekolah dan bilik-bilik sekolah.  Dari sini dapat diperhatikan kemajuan sekolah dan keadaan semakin baik.  Pada tahun 1980, sekkali lagi Encik Hing Wah Sia telah dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah.  Jumlah murid sekolah ini telah menurun hingga serami 166 orang, guru seramai 8 orang, 9 orang termasuk Guru Besar.  Bertahun-tahun dahulu hingga tahun inilah kali pertama sekolah ini adakah kelas-kelas tunggal tanpa kelas-kelas bercantum.  Keadaan ini telah memberi kesan kepada pengajaran pembelajaran.  Walaupun begitu, amat menyesal oleh kerana sekolah ini hanya ada bilik darjah sebanyak 4 buah, tidak mencukupi untuk enam kelas.  Demikian hanya ada bili darjah sebanyak 4 buah, tidak mencukupi untuk enam kelas.  Demikian  terpaksa dua kelas berkongsi dalam sebuah bilik darjah.  Keadaan penuh sesak  cukup mempengerahui suasana pengajaran  dan pembelajaran dan emosi guru-guru.  Pada tahun ini juga, permohonan untuk membina 3 buah bilik darjah, bilik guru besar, bilik guru dan tandas-tandas telah diluluskan bawah Rancangan Malaysia Ketiga, kerja-kerja pembinaan telah siap pada tahun 1981.  Maka mulai 1981 baik kemudahan atau kelengkapan sekolah mahupun bilik pengajaran  barulah betul-betul dapat kemajuan, dan telah masuk satu tahap yang baru.  Setakat itu, darjah satu hingga enam berada dalam bilik darjah yang berasingan dn tunggal.  Kawasan sekolah mula ditanam dengan pokok-pokok oleh kumpulan pekebun yang dikendalik oleh Cik Tan Ing Kim.  Guru Besar mencari benih pokok-pokok dan tempat-tempat untuk ditanam.  Hingga 1981 sekolah ini telah ada murid seramai 170 orang.

Pada tahun 1981, Menteri Kemajuan Perkampungan dan Kerajaan Tempatan, Dr. Neo telah  meluluskan peruntukan sebanyak RM6,000.00 sebagai permintaan dari sekolah ini untuk membina paga sekolah.  Kerja-kerja membina pagar sekolah telah diselenggarakan oleh Ketua Kaum Cina Encik Heng Wah Chong bersama dengan Lembaga Pengurus Sekolah Encik Hing Wah Sia dan seorang kontrak.  Akhirnya pagar sekolah telah siap dibina dengan perbelajaan sedikit dari RM6,000.00.  Pada tahun 1982,  kawasan  sekolah ini seluas seekar barulah dapat disempurnakan dengan pagar.  Pada tahun ini juga kantin mula diadakan perniagaan dengan mengeluarkan tender-tender.  Murid sudah seramai 183 orang.  Pada tahun 1983, sekolah ini mula diadakan kelas KBSR pada darjah satu guru seramai 9 orang.  Pada tahun 1984, di atas rayuan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah ini dapat bantuan dari murid-murid tua untuk memasang lampu-lampu di gelanggang bolakeranjang.  Pada tahun 1985, sebuah mesin rumput telah dibekalkan kepada sekolah ini oleh Kementerian Pendidikan.  Buat kali pertama rumput-rumput di kawasan sekolah mula dapat dipotong, dan membersihkan semak-semak  yang ada di kawasannya.  Demikian kawasan sekolah barulah nampaknya berseri, beres dan bersih.  Pada tahun yang sama Rancangan Lima Tahun Pelajaran dilancarkan di seluruh Perak.  Dengan perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah mulai dari tahun 1983, sekolah ini telah dapat kakitangan guru seramai 10 orang termasuk Guru Besar pada tahun 1987.  Seorang Pegawai Kerani Rendah telah dihantar untuk bertugas ke sekolah ini mulai dari 15.10.1987

Mulai dari 16.11.87 Guru Besar En. Loh Boon Hoe telah ditukarkan dari sekolah ini dan digantikan dengan En. Chuah Wing On untuk menjawat jawatan Guru Besar.  Pada 20.10.88, wakil rakyat kawasan ini telah meluluskan bekalan sebanyak 50 set meja dan kerusi murid-murid kepada sekolah ini.  Disamping itu pihak sekolah juga mendapat peruntukkan penyelenggaraan kerosakan banguan sebanyak RM1,630.00 dari Jabatan Pendidikan Perak Darul Ridzuan pada 3.11.88.  Memandangkan kepada keadaan tandas murid-murid yang rosak dan sumbat, maka Lembaga Pengurus Sekolah bermurah hati memberi peruntukan sebnayak RM1,000.00 untuk bayaran pembaikan pada hujung tahun 1988.  Langkah ini diperlukan demi menjaga kesihatan murid-murid amnya.  Pada 31.12.88 atas rayuan pihak sekolah, sebuah mesin rumput (Jenis sandang) telah dibekalkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Perak.  Mulai dari tahun 1990, penggal sekolah ditukarkan kepada dua semesta atau dua penggal sahaja dalam setahun.  Hari pertama penggal satu tahun 1989/90 dimulakan pada 4.12.1989, sekolah ini mendapat seorang guru tambahan menjadikan jumlah guru seramai 11 orang, termasuk Guru Besar.  Bilang murid ialah 151 orang. 
Pada awal tahun 1990, sekolah mendapat bekalan Kementerian Pendidikan  sebuah mesin taip baru dan mensin mengira.  Pada masa yang sama, sekolah dibekalkan  3 buah  meja kantin dan 6 buah bangku kantin atas permohonan.  Pada 15.2.90 kerani sekolah,  En. Ismail Yahaya ditukarkan ke Maktab Perguruan Agama, Kuala Lumpur.  Atas usaha Guru Besar, seorang kerani yang lain En. Abdul Halim Bin Ibrahim ditempatkan ke sekolah ini pada 1.3.90.  Melalui usaha  M.C.A Bahagian Bagan Datoh, sekolah ini mendapat sebuah mesin taip yang baru.  Pada  26.4.90 tapak untuk membina Pusat Sumber dan Dewan sekoah telah dipilih dan dirasmikan.  Kerja pembinaan dimulakan pada bulan Julai, 1990.  Demi menjayakan Program Lima Tahun Kedua, kerja keceriaan sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya.  Menerusi kerja keceriaan tersebut, banyak pokok-pokok bunga ditanam dan papan tanda sekolah bentuk beroda didirikan di depan pintu pagar dan beberapa lukisan mural telah dihasilkan.  Kerja secara besar-besaran ini telah memberikan  suatu imej dan muka baru kepada sekolah ini.  Pada bulan Julai tahun yang sama, Kementerian Pendidikan membekalkan sebuah mesin rumput (beroda) kepada sekolah ini disamping bekalan 20 set meja dan kerusi murid. 

Pusat Sumber dan Dewan sekolah dijangka siap pada bulan Oktober 1990, perasmiannya akan dirancangan pada 30.12.1990.  Demi mengutip kelengkapan dewan suatu Majlis Makan Malam diadakan.  Perasmian Pusat Sumber dan Dewan telah dilakukan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Y.B. Dr. Ting Chew Peh pada 30.12.90.  Dalam tahun 1991, usaha kecerian sekolah diteruskan.  Melalui usaha MCA Bahagian Bagan Datoh, di bawah pimpinan En. Lee Ah Mee, 10 lori pasir lombong diperolehi untuk menambak padang permainan dan sukan sekolah mana penuh dengan lumpur.  Pada akhir tahun,  sekolah dapat peruntukan dari Kementerian Perumaah dan Kerajaan Tempatan sebanyak RM10,000.00 untuk melengkapkan pada tersebut atas usaha memorandum sekolah.  Pada masa yang sama, En. Lee Ah Mee juga membantu memperolehi peruntukan sebanyak RM3,000.00 untuk membina jalan tar dari pintu pagar ke dalam sekolah sehingga pejabat sekoalh.  Masalah air juga diselesaikan setelah sebuah pum air automatik dihadiahkan oleh Lembaga Pengurus Sekolah.
Pada tahun 1992, kantin sekolah dibesarkan  dan beranda dari bilik darjah ke Perpustakaan  dibina oleh Lembaga Pengurus Sekolah.  Murid-murid seramai 138 orang dan 10 orang guru berganding bahu di sekolah ini.  Pada tahun 1993, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, En Hing Wah Sia meletak jawatan sebagai pengerusi bagi menumpukan perhatian terhadap perniagaannya kerana beliau telah banyak berjasa kepada sekolah.  Tempatnya digantikan oleh adik bongsunya En. Heng Kig Sea.  Oleh kerana ramai penduduk berhijrah ke bandar, bilangan muridsemakin menurun menjadi 123 orang sahaja.  Pada tahun yang sama, Pengerusi PIBG En. Heng Tuan Hiang juga berpindah  ke Kuala Lumpur.  Tempatnya dipangku oleh  en. Heng sehingga mesyuarat Agong PIBG yang akan datang.  Ahli –ahli jawatankuasa PIBG dan LPS di bawah pimpinan En. Heng King Sea dan Heng Eng Keiat telah menghadiahkan 14 pokok ‘Peng Chai’ untuk menghiasi sekolah.

Pada tahun 1994 En. Heng King Sea menjadi pengerusi LPS dan En. Heng Book Yong, pengerusi MCA Sungai Burong pada masa itu dipilih mengetuai PIBG.  Bilangan murid hanya 105 orang bilangan guru dikurangkan kepada 9 orang.  Pada awal bulan Mei, sempenan perayaan ‘Fa Si Kong’ suatu akitivit kutipan derma telah diadakan.  Melalui malam nyanyian dan Perayaan Fa Si Kong yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Fa Si Kong, En. Heng Seng Pao telah berjaya mengutip sebanyak RM40,000 ung membeli kelengkapan sekolah.  Ahli Parlimen Kawasan Bagan Datoh telh dijemput untuk merasmikan  majlis tersebut dan Y.B. memberikan peruntukan sebanyak RM7,000 untuk memberli satu set Pembesar suara, alat perakam video dan satu set Komputer yang lengkap.  Guru Besar En. Kwong Har telah ditukarkan  untuk menjawat jawatan Guru Besar di SRJK(C) Lahat, mulai 16/12/1994 dan tempatnya digantikan oleh En. Teoh Kim Soon. Ketika En. Teoh Kim Soon mengambil alih jawatan Guru Besar jumlah murid cuma 86 orang (1995), 83 orang (1996) dan 81 orang (1997.  Kemerosotan bilangan murid di sekolah ini disebabkan oleh perkembangan ekonomi negara yang pesat sehingga ramai penduduk Bagan ini telah berpindah untuk memajukan perniagaan mereka di bandar besar.  Pada tahun 1995, En Heng King Sea terus memegang Jawatan Pengerusi Lembaga Pengurus dan En. Heng Seng Kong telah dipilih sebagai pengerusi PIBG untuk menggantikan En. Heng Book Yong yang telah berpindah.  Mereka bersua telah berganding bahu dan berusaha demi kemajuan sekolah ini sehingga En. Teoh ditukarkan.

Murid RMT pada thaun 1995 adalah 21 orang sahaja.  Bilangan peserta telah bertambah dari 21 orang kepada 61 orang pada tahun 1996 dan telah mencapai penyertaan sepenuhnya oleh seluruh murid sekolah ini, iaitu 81 orang pada tahun 1997.  Pada tahun 1995, kantin sekolah telah dinaiktarafkan dengan peruntukan sebanya RM25,000 dari Jabatan Pendidikan Perak.  Tetapi hasil kerja naiktaraf oleh JKR amat mengecewakan kerana ia langsung tidak mengikut cadangan dan pelan sekolah yang telah dikemukakan terlebih dahulu.  Hanya bahagian depan kantin dipanjangkan lebih kurang 15 kaki dengan tambahnya bumbung asbestos bergelugur sebanyak 4 setengan keping sahaja.  Memandangkan hasil kerja naiktaraf yang tidak memuakan, satu perbincangan dengan pihak JKR telah diadakan.  Dengan timbagrasa dan kerjasama yang diberikan oleh pihak JKR, maka kantin yang serba lengkap telah disiapkan pada 22/11/1995.  Sejak En. Teoh Kim soon memegang jawatan Guru Besar sekolah ini beliau telah menjalinkan hubungan yang baik antara ahli-hli Lembaga Pengurus Sekolah., PIBG,JKKK Sg Burung, MCA Sg. Burung, MCA Bagan Datoh serta penduduk di bagan ini.  Perhubungan yang erat serta kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh mereka telah banyak membawa kejayaan dari segi pembangunan dan kelengkan di sekolah.
Memandangkan keadaan bangunan papan jenis sementara yang dibinakan pada tahun 60an telah usang dengan tambak-tambak bangunan terbenam, papan dan tiang reput dan selurus bangunan tercondong disusuli dengan keadaan serba kekurangan dalam alat-alat dan perabot-perabot pejabat dan bilik darjah, maka dengan prihatin En. Teoh dan kerjasama serta bantuan MCA Cawangan Sg. Burong dan MCA Bahagian Bagan Datoh, JKKK Sg. Burong serta ahli –ahli Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG, pihak sekolah berjaya mendapat kelulusan PPD untuk membina satu blok bangunan sekolah baru berbilik tiga yang telah disiapkan pada 28/8/1997.  Disamping itu, sekolah ini juga mendapat sumbangan sebanyak RM1,000 daripda YB Dato’ Ahamd Zahid Bin Hamidi, Ahli Parlimen Kawasan Bagan Datoh melalui MCA Bahagian Bagan Datoh untuk memasang 6 batang tiang lampu dengan ‘Mental Highlight’ di gelanggang bola keranjang sekolah.  Projek tersebut telah disempurnakan pada 18/12/1997. 
Berikut adalah senarai projek pembangunan, bekalan alat-alat, perabot-perabot dan kelengkapan sekolah yang telah disiapkan atau diterima semasa tempoh perkhidmatan En. Teoh Kin Soon di sekolah ini :

Pada 15/11/97, En Teoh Kim Soon telah ditukarkan dari sekolah ini untuk menjawat jawatan Guru Besar di SJK(C) Hua Hsia, 36100 Bagan Datoh.  Jawatannya diganti oleh En. Tan Kim Weng mulai dari 16/11/1997.
Mulai 16.12.1997, jawatan Guru Besar sekolah ini dipegang oleh En.Tan Kim Weng. Masalah yang dihadapi oleh sekolah ini ialah kekurangan guru. Sekolah ini layak  7 orang guru, tetapi hanya dapat 5 orang guru sahaja. Kekosongan ini berlarutan sehingga Oktober 2000. Akhirnya jawatan kosong ini diiisi oleh guru kontrak.
Pada Tahun 1999, sebuah bilik darjah dibina di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-7 melalui pertolongan Dato’ Fong Chan On. Pada tahun 2000, sekolah ini dibekalkan sebiji Astro untuk pengajaran TV pendidikan. Pada tahun yang sama, sekolah ini memperolehi pekerja-pekerja kontrak untuk perkhidmatan pembersihan serta kelas komputer yang diuruskan oleh syarikat swasta.
Pada 16.12.2000, jawatan Guru Besar sekolah ini diambilalih oleh En.Loh Choon Peng, manakala En.Tan Kim Wang ditukar ke SJK(C) Pelawan. Pada tahun 2001, sekolah tidak lagi menghadapi masalah kekurangan guru., dan diakhir tahun 2001, bangunan lama yang tidak selamat digunakan lagi telah dirobohkan melalui pertolongan pihak PIBG dan Lembaga Pengurus sekolah ini setelah memperolehi kelulusan daripada PPD atas usaha En.Loh Choon Peng. Pihak sekolah juga berjaya memperolehi peruntukan daripada Kementerian Pendidikan untuk membaik pulih lantai bilik darjah yang tenggelam, longkang yang rosak dan pagar lama. PIBG juga memberi peruntukan untuk membina meja dan kerusi konkrit di tepi kantin. Sebuah taman sains juga didirikan untuk aktiviti sains.
Pada awal tahun 2002, kelas komputer telah diuruskan oleh PIBG di mana sebanyak 17 buah komputer dan 2 unit penghawa dingin telah dipasang di dalam pusat sumber sekolah bagi tujuan pengajaran kemahiran komputer. PIBG juga telah membina tapak meletak kenderaan ditepi kantin. Pada 02.01.2002  seorang Pembantu Tadbir Rendah iaitu Cik Nor Rajizah bt. Md.Radzi telah ditempatkan disini.
Pada 26.12.2002, En.Loh Choon Peng telah ditukarkan ke SJK(C) Batu Dua Belas, Bidor manakala En.New Ah Beng telah dilantik menjadi Guru Besar di sekolah ini berkuatkuasa 28.10.2002. Beliau berkhidmat disini selama 2 tahun 8 bulan dan pada 16.12.2005 beliau ditukarkan ke SJK(C) Chung Hwa, Sungai Suli sebagai Guru Besar.
Pada 16.12.2005 jawatan Guru Besar telah diambil alih oleh Penolong Kanan Pentadbiran dari SJK(C) Sin Min Sungai Tiang iaitu En.Lee Chean Hoong. Sepanjang beliau menjadi Guru Besar, banyak perubahan telah dilakukan oleh beliau iaitu mendapatkan peruntukan dari Pejabat Pelajaran Daerah untuk membaik pulih tandas ( 14.09.2006 ) serta laluan berbumbung ( 12.06.2007 )dari bangunan pejabat kekantin. Kolam air pancuran juga telah dibina bagi menambahkan keceriaan sekolah. Dipenghujung perkhidmatan beliau disini, sekolah terus mendapat peruntukan dari Pejabat Pelajaran Daerah dan keadaan sekolah terus berubah dengan pemasangan jubin ( 06.06.2008 ) didalam pejabat, bilik Guru Besar, bilik guru, Pusat Sumber Sekolah serta pentas didewan.
Pada 01.07.2008 En.Lee Chean Hoong telah ditukarkan ke SJK(C) Pooi Aing Sungai Sumun. Pn.Kok Wei Frun pula dilantik sebagai Guru Besar yang baru.
Pada Mei tahun 2009,  bilik stor di belakang kantin telah dinaiktarafkan.  Peluasan Prasekolah telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran dan pembinaan dapur dan gelanggang permainan prasekolah mula pada bulan Jun tahun 2009.  Prasekolah SJK(C) Chong San mulai beroperasi pada bulan Januari tahun 2010 dengan bilangan murid prasekolah seramai 23 orang.  Lembaga Pengurus sekolah dan PIBG bermurah hati memberi peruntukan untuk membina pintu pagar dan bangsal teduh dekat bilik darjah Prasekolah.
Pada 08.08.2011, Pn Kok Wei Frun telah ditukarkan ke SJK(C) Pooi Seng, Hutan Melintang.  Pn Tan Chu Tick pula dilantik sebagai Guru Besar yang baru.
Pada bulan Oktober 2011,  sebaris awning telah dipasang atas sumbangan Dato' Shaarani.  Dengan usaha Pengerusi Lembaga Pengurus En Koh Kee Kooi PPN dan ketua kampung En Hing Kwan Ming telah mendapatkan sumbangan sebanyak 50 ribu ringgit untuk pembinaan sebuah bilik darjah berpatision.  Kerja pambinaan akan bermula pada bulan November 2012.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.