Tahun 2013
Showing posts with label Info SJKCCS. Show all posts
Showing posts with label Info SJKCCS. Show all posts
0 Pengenalan SJKCCS
SEJARAH RINGKAS SJK(C) CHONG SAN,
SUNGAI BURUNG, 36100 BAGAN DATOH, PERAK
Sekolah ini didirikan pada tahun 1930, dan Encik Lau dianggap sebagai pengasasnya yang menamakan sekolah ini “Sekolah Chong San” iaitu sebuah sekolah persendirian. Pada permulaannya, murid sekolah ini hanya seramai 20 orang. Semakin lama bilangan murid pun semakin meningkat hingga 60 orang. Encik Lim ialah guru sambilan merangkap Guru Besar yang pertama di sekolah ini. Pada tahun 1935, Encik Lim meletakkan jawatannya dan untuk menggantikan jawatannya Encik Tan dilantik sebagai Guru Besar.
Pada tahun 1941, meletuslah Perang Dunia Kedua dan Jepun menduduki Malaya. Di bawah permerintahan Jepun, kehidupan penduduk Malaya berubah. Kesusahan dan kesengsaraan yang dialami telah menyebabkan sekolah ini ditutup. Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, penduduk-penduduk yang mengutamakan pendidikan di Kampung Sungai Burung ini telah berusaha untuk membangunkan semula sekolah ini. Selama tiga tahun mereka berusaha membina sekolah, mendapatkan Guru Besar dan pelajar.
Pada tahun 1948, di bawah galakan Encik Heng Wah Chong (Pengerusi Lembaga Pengurus), Heng Nee Seng (Pengawal) dan tenaga sukarela lain, sekolah ini dapat dibangunkan kembali manakala Encik Lim Sang Hwa dijadikan guru sambilan merangkap Guru Besar. Tidak lamat selepas itu, kebenaran telah diterima dari pihak Jabatan Pendidikan untuk merobohkan bangunan yang berkedudukan di semak pada masa itu dan dipindahkan ke sebuah rumah di kampung ini untuk sementara. Pada waktu itu, bilangan murid sekolah hanya 32 orang tetapi dengan kerja keras Encik Lim Seng Hwa, sekolah ini dapat dimajukan dengan pertambahan murid yang memberangsangkan hingga sekolah sudah tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai. Pada tahun 1949 (12.9.49) sebuah bangunan sekolah yang baru (sementara) telah didirikan oleh ahli Pengurusan Sekolah. Selepas itu, barulah sekolah mendapat bantuan dari Kerajaan melalui Nazir Sekolah setelah melihat pertumbuhan pelajar yang begitu memberansangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)