Showing posts with label 1. Maklumat Terkini. Show all posts
Showing posts with label 1. Maklumat Terkini. Show all posts

0 Kejohanan Sukan Tahunan SJKCCS 2013

SJK(C) CHONG SAN, SUNGAI BURUNG , 
36100 BAGAN DATOH, PERAK.
Tel / Fax : 05-6467093/05-6466241
Email :sjkc_chongsan@yahoo.com.my


敬 致 :  本 校 全 体 学 生 家 长 /  监 护 人

2013年常年运动会
本校将于75(星期五)早上八时正在本校操场举办常年运动会。
运动会筹委会特诚邀请家长踊跃出席观赛、参与及交流。您的出席将令大会生色不少。
届时恭请准时出席为盼。

双武隆中山华小
2013年运动会筹委会
同敬约
-----------------------------------------------------------------
回函
本校将于常年运动会当天进行亲子游戏以促进家长与孩子们之间的关系。
希望大家一齐运动,一齐游戏,一齐健康,一齐快乐。
如想报名参加游戏,可在此填上资料并将此
回函交回给陈玮健师。

1.是否与孩子一起参加亲子游戏? 




2.请在您想参加的游戏的空格里打“√”。亲子游戏项目如下:
1.灰姑娘玻璃鞋

3.妈咪背我摘葡萄

2.小猫大猫爱钓鱼

4.大力士





/母姓名 :___________________   孩子姓名 :___________________
                                  孩子班级 :___________________

-----------------------------------------------------------------

0 识字与精算计划 (LINUS 2.0) - 英文测试



为了配合大马教育发展大蓝图,LINUS 2.0英文测试将于2013至2015年推行,以解決学生英文掌握能力低的问题。

2013年的一年级学生将会是第一批被测试的学生。 

第一次测试日期: 
阅读测试: 13/5/2013至17/5/2013 
书写测试: 20/5/2013至24/5/2013

SARINGAN 1 (BASELINE) TARIKH 
SARINGAN MEMBACA 13 Mei – 17 Mei 2013 
SARINGAN MENULIS 20 Mei 2013 – 24 Mei 2013 

0 Kejohanan Sukan Tahunan SJKCCS 2013


Kepada cikgu-cikgu SJKCCS, Dokumen-dokumen penting mengenai kejohanan sukan tahunan sekolah kita pada tahun ini telahpun saya kemaskinikan. Segala maklumat terkini boleh dirujuk dan perlu diambil tindakan oleh semua AJK sukan tahunan. Cikgu-cikgu boleh memuat turunkan dokumen-dokumen tersebut dari:

Laman Blog CSkokurikulum > Sukan/Permainan > Sukan Tahunan SJKCCS > 2013


0 Analisa Markah Keseluruhan Murid Dalam Bidang Kokurikulum


Berikut merupakan analisa markah keseluruhan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah pada tahun semasa. Murid-murid boleh merujuk kepada dokumen tersebut mengenai prestasi mereka dalam setiap bidang kokurikulum yang disertai. Diharapkan murid-murid terus berusaha agar anda boleh berjaya dengan cemerlang dalam bidang kokurikulum pada masa hadapan.

0 Analisa Kehadiran Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum


Berikut merupakan analisa kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah pada tahun semasa. Murid-murid boleh merujuk kepada dokumen tersebut mengenai rekod kehadiran mereka sepanjang tahun. Murid-murid juga digalakkan agar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sekolah dengan aktif pada masa yang akan datang.

0 Peraturan-peraturan Aktiviti Kokurikulum


Kegiatan kokurikulum diwajibkan di sekolah -sekolah untuk memupuk persefahaman dan perpaduan dalam kalangan pelajar di samping menggalakkan penyertaan para pelajar dalam apa jua aktiviti sukan, persatuan dan kelab untuk membina ketahanan diri, kesihatan dan perkembangan jasmani, rohani dan emosi pelajar.
  1. Setiap pergerakan / persatuan Unit Beruniform,  Persatuan / Kelab dan Kelab Permainan / sukan mestilah mempunyai perlembagaan / peraturan yang kemaskini sebagai asas rujukan yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota.
  2. Semua pelajar dikehendaki menjadi anggota sekurang-kurangnya satu Persatuan I Kelab,  satu Unit Beruniform dan satu Kelab Permainan / sukan. 
  3. Pelajar-pelajar  yang cacat anggota badan juga digalakkan menyertai gerak kerja kokurikulum sekolah. 
  4. Pelajar-pelajar diwajibkan hadir untuk menjalankan sesuatu gerak kerja mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
  5. Pelajar dikehendaki membawa kad kehadiran kegiatan kokurikulum pada setiap kali mengikuti gerak kerja untuk ditandatangani oleh guru penasihat pada hari berkenaan.
  6. Rekod kehadiran adalah dokumen penting yang perlu disimpan dan dijaga oleh para pelajar untuk tujuan pemberian sijil-sijil penyertaan / penghargaan /  penilaian kokurikulum.
  7. Pelajar yang hadir untuk sesuatu aktiviti dikehendaki memakai pakaian seragam, baju-T PJK / persatuan, kelab dan permainan / sukan masing-masing.  Setiap hari Rabu, semua pelajar digalakkan rnemakai pakaian seragam mengikut unit beruniform masing-masing.
  8. Pelajar-pelajar yang menggunakan alat dan kemudahan sekolah untuk sesuatu aktiviti bertanggungjawab ke atas keselamatan alat dan kemudahan tersebut.
  9. Sebarang kerosakan kemudahan atau kehilangan alat hendaklah dilaporkan kepada guru penasihat yang bertugas pada hari berkenaan.
  10. Senarai jawatankuasa mestilah dibentuk pada setiap awal tahun bagi menjalankan aktiviti yang akan dicadangkan dalam mesyuarat agong tahunan.
  11. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada Pengerusi / Ketua Pasukan, Setiausaha,  Bendahari dan ahli jawatankuasa serta anggota biasa.
  12. Hari Sabtu merupakan hari rehat. Oleh itu, semua aktiviti kokurikulum dibatalkan kecuali Hari Sabtu Minggu Kedua dan Keempat.
  13. Setiap murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga dan pengetua untuk mengambil bahagian di dalam sukan dan aktiviti kokurikulum di luar sekolah.
  14. Guru mesti mengiringi murid dalam semua aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah.  Sekiranya  terdapat murid perempuan, seorang guru wanita dikehendaki mengiringi pasukan tersebut.
  15. Murid yang mempunyai penyakit kronik / cedera, semput atau lelah tidak boleh dipaksa mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan permainan.
  16. Pelajar diwajibkan membeli insuran Takaful dan digalakkan membeli satu lagi polisi insuran dari syarikat insuran yang lain.
  17. Aktiviti sukan / kokurikulum adalah dilarang sama sekali di tempat lapang / padang / kolam renang semasa cuaca buruk dan adanya kilat / petir  semasa hujan.
  18. Guru pengiring mestilah membuat laporan bertulis kepada pihak sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai.
  19. Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan dalam Buku Rekod Kemalangan Sekolah.
  20. Hari, Waktu, Masa dan Bilangan perjumpaan seperti berikut :
Latihan Rumah Sukan akan dijalankan sebanyak 4 kali setahun dan tarikh latihan ini akan ditentukan kemudian.
Hari
Waktu
Masa
Bilangan Perjumpaan
Jenis
Selasa
3.15 – 4.15 ptg

4.30 - 5.30 ptg

5.30 - 6.30 ptg

5.30 - 7.30 ptg
1 jam

1 jam

1 jam
 
2 jam
24 kali 

24 kali 

24 kali

12 kali
Persatuan BM / Kelab Rukun Negara
Ping Pong

Bola Tampar

Olahraga
Rabu
2.00 – 3.00 ptg


3.00 – 4.30 ptg
1jam
 


1.5 jam
24 kali


24 kali
Persatuan BC
Kelab PSS/SPBT

Saint John Ambulans Muda / Senamrobik
Jumaat
   2.00 – 4.00 ptg
1 jam
Sepanjang tahun
 Latihan Ping Pong Elit
 
          

0 Peraturan Gerak Kerja Kokurikulum


Tiap-tiap pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam gerak kerja kokurikulum sekolah. Seorang pelajar dikehendaki menyertai ketiga-tiga gerak kerja kokurikulum iaitu sekurang-kurangnya satu Persatuan/Kelab, Satu Unit Beruniform dan Sukan. 

Penyertaan Pelajar dalam :
 A.   Unit beruniform adalah wajib. Tiap-tiap pelajar dikehendaki menjadi ahli salah satu unit beruniform berikut
1.     Saint John Ambulans Muda (Lelaki dan Perempuan)
B.     Persatuan/Kelab adalah wajib. Tiap-tiap pelajar dikehendaki menjadi ahli salah satu Persatuan/Kelab berikut :  
1.     Persatuan Sains
2.     Persatuan Matematik
3.     Persatuan Bahasa Cina
4.     Kelab Reka cipta
5.     Persatuan Bahasa Melayu
6.     Persatuan Bahasa Inggeris
7.    Kelab Rukun Negara
8.    Kelab Pusat Sumber / SPBT
C.     Sukan/permainan adalah wajib. Tiap-tiap pelajar dikehendaki menjadi ahli salah satu sukan/permainan berikut :  
1.     Olahraga
2.     Bola Tampar
3.     Ping Pong
Kedatangan adalah wajib. Rekod kehadiran hendaklah disediakan bagi tiap-tiap gerak kerja yang dijalankan. Tindakan ikut untuk kes-kes ketidakhadiran hendaklah dilakukan. Rekod kehadiran dokumen penting yang perlu disimpan dan dijaga oleh guru. Setiap pelajar dimestikan mempunyai Buku Gerak Kerja Kokurikulum. Buku tersebut perlu dibawa setiap kali ada perjumpaan untuk ditandatangani oleh Guru Penasihat.

Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi segala peraturan sekolah semasa hadir untuk gerak kerja kokurikulum. Dari segi pakaian, hanya pakaian seragam sekolah dan pakaian-pakaian  yang dibenarkan sewaktu menjalani gerak kerja persatuan/kelab unit beruniform dan sukan dibenarkan.

Langkah-langkah keselamatan dalam setiap gerak kerja yang dijalankan hendaklah diutamakan.
Apabila sesuatu gerak kerja dijalankan di luar kawasan sekolah dengan melibatkan perjalanan ke suatu tempat. Maka peraturan-peraturan yang terpakai mengenainya hendaklah dipatuhi. Guru penasihat juga bertanggungjawab mendapatkan kebenaran ibubapa/penjaga pelajar.

Setiap pelajar atau persatuan/kelab bertanggungjawab menjaga dan menjamin kemudahan dan peralatan sekolah yang digunakan itu dalam keadaan baik.
Tiap-tiap persatuan/kelab hendaklah mempunyai perlembagaan sendiri yang diluluskan oleh Pengetua Sekolah. Perlembagaan yang kemaskini dapat berfungsi sebagai asas rujukan yang mesti dipatuhi.

Satu penyata akaun kewangan hendaklah diadakan. Anggaran perbelanjaan dan penggunaan yuran persatuan perlu disediakan. Pihak sekolah akan melantik seorang juruaudit untuk menyemak kewangan setiap unit kokurikulum.

Masa, tempat dan hari perjumpaan bagi setiap gerak kerja kokurikulum mesti diadakan mengikut jadual yang disediakan oleh penyelaras kokurikulum. Sebarang pembatalan atau perubahan tarikh/masa/tempat bagi perjumpaan mesti dimaklumkan kepada para pelajar/ibubapa dan penyelaras kokurikulum dua hari lebih awal. Pastikan pelajar tidak dipanggil perjumpaan tanpa kebenaran guru.

Sijil-sijil penghargaan yang disediakan oleh pihak sekolah ataupun persatuan sendiri akan diberi kepada semua pelajar yang menunjukkan komitmen yang baik terhadap setiap aktiviti kokurikulum. Sijil-sijil akan dianugerahkan pada Hari Kokurikulum akan diberi sijil penyertaan pada masa perhimpunan sekolah, sebaik sahaja aktiviti tersebut dijalankan.

Setiap unit gerak kerja kokurikulum mesti mempunyai satu fail dan Buku Laporan Gerak Kerja Kokurikulum. Dengan bimbingan guru penasihat ahli-ahli persatuan dapat mengemaskini Buku Kerja kokurikulum dari semasa ke semasa dan memastikan Fail Persatuan mengandungi perkara perkara berikut :
i)     Pelembagaan Persatuan
ii)    Carta Organisasi
iii)   Hal surat menyurat
iv)   Tuntutan perbelanjaan
v)    Penyertaan dan pencapaianpelajar
        peringkat sekolah dan zon (menggunakan Lampiran A)
        peringkat negeri (menggunakan Lampiran B)
vi)    Laporan projek khas – contohnya Laporan Aktiviti Lawatan (RujukLampiran yang Diedarkan)
vii)   Borang menyertai aktiviti luar bilik darjah yang memerlukan persetujuan ibu bapa dan 
       disimpan   di dalam fail.
viii)  Anggaran perbelanjaan tahunan.

Fail dan buku tersebut akan disemak oleh Penyalaras Persatuan, Penyelaras Unit Beruniform dan Penolong Kanan HEM. Fail, buku laporan Gerak Kerja Kokurikulum dan wang baki akan diserahkan kepada Penolong Kanan HEM pada akhir tahun persekolahan.