0 Peraturan Gerak Kerja Kokurikulum


Tiap-tiap pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam gerak kerja kokurikulum sekolah. Seorang pelajar dikehendaki menyertai ketiga-tiga gerak kerja kokurikulum iaitu sekurang-kurangnya satu Persatuan/Kelab, Satu Unit Beruniform dan Sukan. 

Penyertaan Pelajar dalam :
 A.   Unit beruniform adalah wajib. Tiap-tiap pelajar dikehendaki menjadi ahli salah satu unit beruniform berikut
1.     Saint John Ambulans Muda (Lelaki dan Perempuan)
B.     Persatuan/Kelab adalah wajib. Tiap-tiap pelajar dikehendaki menjadi ahli salah satu Persatuan/Kelab berikut :  
1.     Persatuan Sains
2.     Persatuan Matematik
3.     Persatuan Bahasa Cina
4.     Kelab Reka cipta
5.     Persatuan Bahasa Melayu
6.     Persatuan Bahasa Inggeris
7.    Kelab Rukun Negara
8.    Kelab Pusat Sumber / SPBT
C.     Sukan/permainan adalah wajib. Tiap-tiap pelajar dikehendaki menjadi ahli salah satu sukan/permainan berikut :  
1.     Olahraga
2.     Bola Tampar
3.     Ping Pong
Kedatangan adalah wajib. Rekod kehadiran hendaklah disediakan bagi tiap-tiap gerak kerja yang dijalankan. Tindakan ikut untuk kes-kes ketidakhadiran hendaklah dilakukan. Rekod kehadiran dokumen penting yang perlu disimpan dan dijaga oleh guru. Setiap pelajar dimestikan mempunyai Buku Gerak Kerja Kokurikulum. Buku tersebut perlu dibawa setiap kali ada perjumpaan untuk ditandatangani oleh Guru Penasihat.

Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi segala peraturan sekolah semasa hadir untuk gerak kerja kokurikulum. Dari segi pakaian, hanya pakaian seragam sekolah dan pakaian-pakaian  yang dibenarkan sewaktu menjalani gerak kerja persatuan/kelab unit beruniform dan sukan dibenarkan.

Langkah-langkah keselamatan dalam setiap gerak kerja yang dijalankan hendaklah diutamakan.
Apabila sesuatu gerak kerja dijalankan di luar kawasan sekolah dengan melibatkan perjalanan ke suatu tempat. Maka peraturan-peraturan yang terpakai mengenainya hendaklah dipatuhi. Guru penasihat juga bertanggungjawab mendapatkan kebenaran ibubapa/penjaga pelajar.

Setiap pelajar atau persatuan/kelab bertanggungjawab menjaga dan menjamin kemudahan dan peralatan sekolah yang digunakan itu dalam keadaan baik.
Tiap-tiap persatuan/kelab hendaklah mempunyai perlembagaan sendiri yang diluluskan oleh Pengetua Sekolah. Perlembagaan yang kemaskini dapat berfungsi sebagai asas rujukan yang mesti dipatuhi.

Satu penyata akaun kewangan hendaklah diadakan. Anggaran perbelanjaan dan penggunaan yuran persatuan perlu disediakan. Pihak sekolah akan melantik seorang juruaudit untuk menyemak kewangan setiap unit kokurikulum.

Masa, tempat dan hari perjumpaan bagi setiap gerak kerja kokurikulum mesti diadakan mengikut jadual yang disediakan oleh penyelaras kokurikulum. Sebarang pembatalan atau perubahan tarikh/masa/tempat bagi perjumpaan mesti dimaklumkan kepada para pelajar/ibubapa dan penyelaras kokurikulum dua hari lebih awal. Pastikan pelajar tidak dipanggil perjumpaan tanpa kebenaran guru.

Sijil-sijil penghargaan yang disediakan oleh pihak sekolah ataupun persatuan sendiri akan diberi kepada semua pelajar yang menunjukkan komitmen yang baik terhadap setiap aktiviti kokurikulum. Sijil-sijil akan dianugerahkan pada Hari Kokurikulum akan diberi sijil penyertaan pada masa perhimpunan sekolah, sebaik sahaja aktiviti tersebut dijalankan.

Setiap unit gerak kerja kokurikulum mesti mempunyai satu fail dan Buku Laporan Gerak Kerja Kokurikulum. Dengan bimbingan guru penasihat ahli-ahli persatuan dapat mengemaskini Buku Kerja kokurikulum dari semasa ke semasa dan memastikan Fail Persatuan mengandungi perkara perkara berikut :
i)     Pelembagaan Persatuan
ii)    Carta Organisasi
iii)   Hal surat menyurat
iv)   Tuntutan perbelanjaan
v)    Penyertaan dan pencapaianpelajar
        peringkat sekolah dan zon (menggunakan Lampiran A)
        peringkat negeri (menggunakan Lampiran B)
vi)    Laporan projek khas – contohnya Laporan Aktiviti Lawatan (RujukLampiran yang Diedarkan)
vii)   Borang menyertai aktiviti luar bilik darjah yang memerlukan persetujuan ibu bapa dan 
       disimpan   di dalam fail.
viii)  Anggaran perbelanjaan tahunan.

Fail dan buku tersebut akan disemak oleh Penyalaras Persatuan, Penyelaras Unit Beruniform dan Penolong Kanan HEM. Fail, buku laporan Gerak Kerja Kokurikulum dan wang baki akan diserahkan kepada Penolong Kanan HEM pada akhir tahun persekolahan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.