0 Peraturan-peraturan Aktiviti Kokurikulum


Kegiatan kokurikulum diwajibkan di sekolah -sekolah untuk memupuk persefahaman dan perpaduan dalam kalangan pelajar di samping menggalakkan penyertaan para pelajar dalam apa jua aktiviti sukan, persatuan dan kelab untuk membina ketahanan diri, kesihatan dan perkembangan jasmani, rohani dan emosi pelajar.
  1. Setiap pergerakan / persatuan Unit Beruniform,  Persatuan / Kelab dan Kelab Permainan / sukan mestilah mempunyai perlembagaan / peraturan yang kemaskini sebagai asas rujukan yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota.
  2. Semua pelajar dikehendaki menjadi anggota sekurang-kurangnya satu Persatuan I Kelab,  satu Unit Beruniform dan satu Kelab Permainan / sukan. 
  3. Pelajar-pelajar  yang cacat anggota badan juga digalakkan menyertai gerak kerja kokurikulum sekolah. 
  4. Pelajar-pelajar diwajibkan hadir untuk menjalankan sesuatu gerak kerja mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
  5. Pelajar dikehendaki membawa kad kehadiran kegiatan kokurikulum pada setiap kali mengikuti gerak kerja untuk ditandatangani oleh guru penasihat pada hari berkenaan.
  6. Rekod kehadiran adalah dokumen penting yang perlu disimpan dan dijaga oleh para pelajar untuk tujuan pemberian sijil-sijil penyertaan / penghargaan /  penilaian kokurikulum.
  7. Pelajar yang hadir untuk sesuatu aktiviti dikehendaki memakai pakaian seragam, baju-T PJK / persatuan, kelab dan permainan / sukan masing-masing.  Setiap hari Rabu, semua pelajar digalakkan rnemakai pakaian seragam mengikut unit beruniform masing-masing.
  8. Pelajar-pelajar yang menggunakan alat dan kemudahan sekolah untuk sesuatu aktiviti bertanggungjawab ke atas keselamatan alat dan kemudahan tersebut.
  9. Sebarang kerosakan kemudahan atau kehilangan alat hendaklah dilaporkan kepada guru penasihat yang bertugas pada hari berkenaan.
  10. Senarai jawatankuasa mestilah dibentuk pada setiap awal tahun bagi menjalankan aktiviti yang akan dicadangkan dalam mesyuarat agong tahunan.
  11. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada Pengerusi / Ketua Pasukan, Setiausaha,  Bendahari dan ahli jawatankuasa serta anggota biasa.
  12. Hari Sabtu merupakan hari rehat. Oleh itu, semua aktiviti kokurikulum dibatalkan kecuali Hari Sabtu Minggu Kedua dan Keempat.
  13. Setiap murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga dan pengetua untuk mengambil bahagian di dalam sukan dan aktiviti kokurikulum di luar sekolah.
  14. Guru mesti mengiringi murid dalam semua aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah.  Sekiranya  terdapat murid perempuan, seorang guru wanita dikehendaki mengiringi pasukan tersebut.
  15. Murid yang mempunyai penyakit kronik / cedera, semput atau lelah tidak boleh dipaksa mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan permainan.
  16. Pelajar diwajibkan membeli insuran Takaful dan digalakkan membeli satu lagi polisi insuran dari syarikat insuran yang lain.
  17. Aktiviti sukan / kokurikulum adalah dilarang sama sekali di tempat lapang / padang / kolam renang semasa cuaca buruk dan adanya kilat / petir  semasa hujan.
  18. Guru pengiring mestilah membuat laporan bertulis kepada pihak sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai.
  19. Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan dalam Buku Rekod Kemalangan Sekolah.
  20. Hari, Waktu, Masa dan Bilangan perjumpaan seperti berikut :
Latihan Rumah Sukan akan dijalankan sebanyak 4 kali setahun dan tarikh latihan ini akan ditentukan kemudian.
Hari
Waktu
Masa
Bilangan Perjumpaan
Jenis
Selasa
3.15 – 4.15 ptg

4.30 - 5.30 ptg

5.30 - 6.30 ptg

5.30 - 7.30 ptg
1 jam

1 jam

1 jam
 
2 jam
24 kali 

24 kali 

24 kali

12 kali
Persatuan BM / Kelab Rukun Negara
Ping Pong

Bola Tampar

Olahraga
Rabu
2.00 – 3.00 ptg


3.00 – 4.30 ptg
1jam
 


1.5 jam
24 kali


24 kali
Persatuan BC
Kelab PSS/SPBT

Saint John Ambulans Muda / Senamrobik
Jumaat
   2.00 – 4.00 ptg
1 jam
Sepanjang tahun
 Latihan Ping Pong Elit
 
          

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.